
Dokumen Sumber Rekod Perakaunan
1. KEKUATAN
(i) Mungkin keluar dalam SPM setiap tahun.
(ii) Peruntukan markah antara 28 hingga 30 markah.

2.
KEMAHIRAN
- Lima Akaun Asas (Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil & Belanja)
(ii) Kitaran Perakaunan
- Pengecaman Dokumen Sumber.
- Catatan dalam Buku Catatan Pertama.
- Posting ke Lejar.
- Penyediaan Imbangan Duga.

3. DOKUMEN
SUMBER
(i) Invois (Secara Kredit )
Terima Invois |
Keluarkan Invois |
- Belian barang niaga secara kredit.(JB)
- Belanja secara kredit.(JA)
- Jual Beli Aset secara kredit.(JA)
|
- Beli Aset secara kredit.(JA)]
- Jualan barang niaga secara kredit.(JJ)
- Hasil secara kredit.(JA)
|
(ii) Resit Rasmi (Melibatkan Tunai @ Bank : Buku Tunai)
Terima |
Keluarkan |
- Bayar hutang kepada pemiutang.(BT)
- Bayaran perkhidmatan / Belanja.(BT)
- Jualan barang niaga secara tunai.(BT)
|
- Belian barang niaga secara tunai.(BT)
- Penghutang bayar hutang.(BT)
- Bayaran perkhidmatan @ Hasil.(BT)
|
(iii) Bil Tunai (Secara Tunai)
Terima |
Keluarkan |
- Beli barang niaga secara tunai.(BT)
- Jual barang niaga secara tunai.(BT)
|
- Beli aset secara tunai.(BT)
- Jual aset secara tunai.(BT)
|
(iv) Nota Debit (Hutang Bertambah)
Terima |
Keluarkan |
Pembetulan kesilapan dalam invois daripada pemiutang : (JB)
- harga terkurang catat
- Kuantiti terkurang catat
- angkutan terlupa caj.
|
Pembetulan kesilapan dalam invois kepada penghutang : (JJ)
- harga terkurang catat
- Kuantiti terkurang catat
- angkutan terlupa caj.
|
(v) Nota Kredit (Hutang Berkurangan)
Terima |
Keluarkan |
Pulangan barang niaga kepada pembekal / pemiutang. (JPB) |
Pulangan barang niaga oleh pelanggan / penghutang. (JPJ) |
(vi) Baucer Pembayaran (BT)
- Perkhidmatan (Seperti : upah, sewa dll.)
- Pembayaran dibuat tanpa resit rasmi.
- Dan lain-lain pembayaran.
(vii) Memo (Kegunaan Dalaman )
- Ambilan barang niaga oleh pemilik untuk kegunan sendiri (JA)
- Ambilan Tunai/Cek oleh pemilik untuk kegunan sendiri (BT)
- Ambil barang niaga untuk kegunaan perniagaan. (JA)
- Tambahan tunai/cek (BT)
- Tambahan aset bukan tunai. (JA)
(viii) Slip/Borang Wang Masuk (Catatan kontra : BT)
- Wang tunai perniagaan dimasukkan ke dalam bank.
(ix) Keratan Cek (BT)
- Pembayaran dibuat.
- Tunai/Cek untuk kegunaan perniagaan.
- Tunaikan cek untuk kegunaan sendiri (Ambilan Tunai)
(x) Slip Pendaftaran Tunai (BT)
Terima |
Keluarkan |
Belian secara tunai. |
Jualan secara tunai. |
(xi) Slip Kad Kredit (BT)
Terima |
Keluarkan |
Belian secara tunai. |
Jualan secara tunai. |

4.
PENGECAMAN DOKUMEN
(i) Andaikan anda sebagai :
- Pemilik @ akauntan perniagaan tersebut.
- Merekod ke dalam buku sendiri.
(ii) Daripada ARAHAN soalan kenal pasti :
- Nama/ pemilik perniagaan untuk mengecam dokumen diterima atau dikeluarkan.
- Jenis perniagaan untuk mengecam dokumen barang niaga atau bukan.
- Tempoh berakhir Imbangan Duga.
- Baru memulakan perniagaan atau sudah lama --> menetukan penggunaan MODAL
atau BAKI b/b.
(iii) Daripada DOKUMEN kenal pasti :
- Nama/ pemilik perniagaan.
- Nama penerima dokumen (rujuk kepada KEPADA)
- Jenis/ nama dokumen.
- Jenis barang/ perkhidmatan dibeli @ dijual. (barang niaga @ tidak)

5. TEKNIK
MENJAWAB SOALAN
(i) Baca soalan dengan teliti dan kenal pastikan :
- Pemilik atau entiti.
- Barang niaga/ Perkhidmatan.
- Tempoh perakaunan.
- Baki-baki awal akaun-akaun tertentu. (jika diberi) -----> Juarnal Am
- Pastikan A = L + EP (untuk dapatkan Modal, jika tidak diberi)
- Anda sebagai pemilik atau akauntan perniagaan tersebut.
(ii) Rujuk kepada lampiran bagi pengecaman dokumen.
- Tandakan pada dokumen BCP yang terlibat (Iaitu : JA, BT, JB, JPB, JJ atau
JPJ)
- Tandakan "/" pada dokumen yang telah selesai direkod ke dalam BCP.
- Semak catatan dan tanda "X" pada dokumen.
- Ulangi dengan dokumen berikutnya.
- Pindahkan ke lejar - mula daripada JA, BT, JB, JPB, JJ, JPJ.
- Imbangkan akaun yang mana perlu sahaja.
- Sediakan Imbangan Duga dimulai dengan baki Tunai dan baki Bank....
- Semak jawapan anda.
(iii) Markah akan diberikan apabila Tarikh, Butir dan Amaun betul.
(iv) Sediakan Imbangan Duga berdasarkan baki-baki akaun yang anda perolehi, walaupun
difikirkan jawapan anda itu salah.

6. TIP
SPM
(i) Urusniaga Secara
- Tunai (Tunai dan Bank) --> Buku Tunai
- Kredit (Hutang)
- Bukan Barang Niaga --> Jurnal Am
- Barang Niaga --> Jurnal Khas
(ii) Dokumen Terlibat :
- Jurnal Am
- 1. Catatan Permulaan
- 2. Invois (Bukan barang niaga)
- 3. Memo (Ambilan barang niaga)
- Buku Tunai
- 1. Jurnal Am (Baki b/b)
- 2. Resit Rasmi (Diskaun @ Tiada
Diskaun)
- 3. Keratan Cek (Kontra@ Tiada)
- 4. Slip @ Borang Wang Masuk(Kontra @
Tiada)
- 5. Baucer Pembayaran
- 6. Memo (Ambilan tunai atau bank)
- Jurnal Belian dan Jurnal Jualan
- 1. Invois (Barang Niaga)
- 2. Nota Debit (Barang Niaga)
- Jurnal Pulangan Belian dan Jurnal Pulangan Jualan
- 1. Nota Kredit (Barang Niaga)
(iii) Diskaun Diberi @ Diskaun Diterima
- Sebahagian Invois No. 1234 --> Tiada Diskaun
- Diskaun ada dinyatakan. --> Ada Diskaun
- Menjelaskan Invois No. 4321
- Jumlah sama
--> Tiada Diskaun
- Jumlah tidak sama --> Ada
Diskaun

7. KESILAPAN
YANG BIASA DILAKUKAN
(i) Tidak menulis tarikh pada jurnal.
(ii) Tidak membuat keterangan pada Jurnal Am.
(iii) Terlupa tutup Jurnal Khas.
(iv) Terlupa menulis tarikh akhir bulan apabila menutup Jurnal Khas.
(v) Butiran dalan Jurnal Pulangan Jualan dicatat dan Jurnal Pulangan Belian dan
sebaliknya.
(vi) Tidak membuat Imbangan Duga kerana angka dalam lejar difikirkan salah.

LATIHAN
1. Berdasarkan jadual yang diberi, namakan jenis dokumen perniagaan yang digunakan
dalam urusniaga-urusniaga yang berikut :
No. |
Urusniaga |
Jenis Dokumen |
(a) |
Dokumen ini dikirimkan kepada pembeli oleh penjual bersama-sama dengan
barang niaga yang dibekalkan. |
|
(b) |
Dokumen yang disediakan oleh pembeli untuk memesan barang niaga daripada
penjual. |
|
(c) |
Dokumen ini digunakan apabila barang niaga dipulangkan oleh pembeli kepada
penjual. |
|
(d) |
Dokumen yang dijadikan rekod dan bukti bagi pembayaran yang telah dibuat. |
|
(e) |
Dokumen yang dikeluarkan oleh penjual sebagai pengakuan penerimaan
bayaran. |
|
(f) |
Dokumen ini disediakan oleh penjual untuk dikirimkan kepada pembeli
apabila berlakunya jualan barang-barang secara kredit. |
|
[Kekuatan][Kemahiran][Dokumen Sumber][Pengecaman Dokumen][Teknik Menjawab Soalan][Tip SPM][Kesilapan
Pelajar][Latihan]