Prinsip Akaun SPM


Pengenalan

Laman ini akan cuba mengupas dan memberi panduan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 yang akan mengahdapi peperiksaan SPM khususnya bagi mereka yang berhasrat mengambil Mata Pelajaran Prinsip Akaun. Panduan yang akan diberikan adalah berkaitan dengan teknik-teknik menjawab soalan bagi mata pelajaran ini yang berkisar pada semua tajuk yang terdapat di dalam sukatan pelajaran Prinsip Akaun bagi tingkatan 4 dan 5 sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

Moga-moga panduan ringkas ini akan memberi manfaat kepada semua calon yang mengambil mata pelajaran Prinsip Akaun bagi peperiksaan SPM. Ianya juga boleh menjadi panduan berguna kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini. Penulis amat berharap mendapat komen dan cadangan daripada guru-guru Prinsip Akaun bagi membaiki laman ini. Segala komen, pandangan dan teguran boleh disampaikan kepada penulis melalui e-mail.

Diharap selalulah mengunjungi laman ini kerana maklumat yang disediakan akan dikemaskini dari masa ke semasa............................


Format Kertas Peperiksaan

Kertas peperiksaan mata pelajaran ini mengandungi 6 soalan subjektif yang mengambil masa selama 3 jam. Calon dikehendaki menjawab semua soalan tanpa soalan pilihan. Soalan 1 dan 2 bagi kertas ini mempunyai format dan tajuk yang sama disoal pada setiap tahun, manakala soalan 3 hinggan 6 meliputi semua tajuk lain dalam sukatan pelajaran.

Kertas ini menuntut kekemasan, ketepatan dan kecekapan calon dalam menyelesaikan pelbagai bentuk masalah dalam bidang perakaunan yang mereka pelajari selama dua tahun.


Analisis Peperiksaan Tahun Lepas

Berikut adalah analisi kertas peperiksaan Prinsip Akaun bagi tahun 1993 hingga 2001

Tajuk

93

94

95

96

97

98 99 00 01 02
Dokumen Perniagaan

S1

S1

S1 S1 S1 S1 S1 S1 S1 *
Penyata Pendapatan dan KKK S2   S2     S2 S2 S2   *
Akaun Penamat                   
Lembaran Kerja  

S2

 

S2

        S2  
Pembetulan Kesilapan

S4

                 
Akaun Kawalan

S6

        S4          
Penubuhan Perkongsian  

 

 

S3

S2

  S4   S3  
Pembubaran Perkongsian   S3       S3   S3    *
Akaun Syarikat  

S6

          S5     
Akaun Pengeluaran  

S5

   

S4

    S4     
Akaun Kelab/Persatuan    

S3

    S4 S3    
Rekod Tak Lengkap

S3

S4

  S4         S5  
Penyata Aliran Tunai    

S4

 

S3

         *
Penyata Penyesuaian Bank      

S5

  S5 S6   S4  
Buku Tunai Runcit              

S6

   *
Tafsiran Akaun           S6   S5      *
Pelarasan Pada Tarikh Imbangan    

S5

 

S6

         
Persamaan Perakaunan/KKK    

S6

 

S5

           
Titik Pulang Modal (TPM)

S5

   

S6

    S5     S6  
Penggunaan Komputer Dlm Perakaunan                       


Strategi Menjawab Soalan

Berikut adalah beberapa strategi menjawab  yang boleh digunakan bagi soalan Prinsip Akaun. Antaranya ialah:

  1. Calon-calon hendaklah memulakan jawapan bagi setiap soalan pada halaman/muka surat yang baru.

  2. Calon juga hendaklah menulis degan jelas nombor soalan yang dijawab.
  3. Susun kertas jawapan anda mengikut urutan kertas soalan setelah selesai menjawab.
  4. Gunakan kertas jawapan yang dibekalkan mengikut kesesuaian soalan.
  5. Jangan gopoh ketika membuat pengiraan.
  6. Susun akaun-akaun yang dibuat dengan sempurna supaya memudahkan sistem catatan bergu dibuat.
  7. Untuk mengelakkan pembaziran masa, jawab soalan yang difikirkan mudah terlebih dahulu.
  8. Peruntkkan masa bagi menjawab sesuatu soalan hendaklah sesuai dengan peruntuk markah bagi soalan berkenaan.
  9. Calon hendaklah menulis angka giliran dan nombor kad pengenalan di setiap helaian kertas jawapan yang digunakan.
  10. Semak semula semua kerja, jika masa mengizinkan.
  11. Calon-calon dinasihatkan supaya membaca dan memahami semua arahan di muka hadapan kertas soalan.
  12. Sebelum menghadapi peperiksaan calon-calon dinasihatkan supaya selalu membuat banyak latihan dengan merujuk kepada soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
  13. Dengan cara ini diharap dapat meningkatkan kecekapan, kemahiran dan ketepatan ketika menjawab soalan.


Kelemahan-Kelemahan Umum Pelajar

Beberapa kelemahan atau kesalahan umum calon di dalam peperiksaan kertas Prinsip Akaun yang telah dikenal pasti. Antaranya ialah:

  1. Menjawab soalan dengan terlalu gopoh.
  2. Tidak memahami kehendak/tugasan soalan terutamanya bagi pelarasan.
  3. Cuai dalam membuat pengiraan.
  4. Tidak dapat menguasai format akaun yang betul.
  5. Tidak mempunyai kaedah penyelesaian yang sistematik dan teratur.
  6. Lemah dalam kemahiran mengira dengan cepat.
  7. Tidak menjawab mengikut kehendak soalan.
  8. Kurang membuat latihan/latih tubi yang mencukupi.
  9. Membuang masa atau tidak pandai merancang dan mengagihkan masa mengikut kehendak soalan dan peruntukan markah.
  10. Tidak berkebolehan menggunakan maklumat dan butir-butir yang disediakan di dalam soalan dengan teliti.
  11. Tulisan tidak kemas dan sukar dibaca. Angka-angka tidak ditulis dengan jelas.
  12. Catatan-catatan dalam jurnal dan lejar tidak dibuat dengan teratur.

MNY's Online

/narzuki