Syarikat Berhad

Syarikat Berhad

PEMBAHAGIAN MODAL

JENIS-JENIS MODAL

JENIS-JENIS SYER

PERBEZAAN SYER KEUTAMAAN DAN SYER BIASA

TERBITAN SYER

CARA MEREKOD TERBITAN SYER

DIVIDEN

FORMAT AKAUN PENGASINGAN UNTUNG RUGI

FORMAT KUNCI KIRA-KIRA

TIP SPM

LATIHAN

 


Modal Dibenarkan /Berdaftar /Nominal
Modal Belum Diterbitkan
Modal Diterbitkan
Modal Belum Dipanggil
Modal Terpanggil
Modal Berbayar
Modal Tertunggak

JENIS-JENIS MODAL

Jenis Modal

Keterangan

Modal Dibenarkan

Dinyatakan dalam Tatawujud Syarikat dan merupakan had maksimum modal yang boleh diterbitkan.

Modal Belum Diterbitkan

Bahagian modal berdaftar yang belum ditawarkan kepada orang ramai

Modal Diterbitkan

Bahagian modal berdaftar yang ditawarkan kepada orang ramai.

Modal Belum Dipanggil

Modal diterbitkan yang belum diminta pembayarannya.

Modal Terpanggil

Bahagian modal diterbitkan yang telah diminta pembayarannya.

Modal Berbayar

Bahagian modal diterbitkan yang dipanggil dan dibayar oleh pemegang syer.

Modal Tertunggak

Bahagian modaL dipanggil yang belum dibayar oleh pemegang syer.

JENIS-JENIS SYER

Syer
 
Diterbitkan pada :
(i) Nilai nominal.(*)
(ii) Nilai premium
(iii) Nilai diskaun
 
* Sukatan SPM.
Syer Biasa
- Paling popular ditawarkan kepada orang awam.
- Pemegang syer berisiko tinggi (pembayaran dividen akhir).
Syer Keutamaan
- Risiko rendah (dividen tetap dapat walaupun rugi)
Syer Keutamaan Bertimbun Tambah
- Dividen setiap tahun
- Jika rugi maka dapat tunggakkan dividen.
Syer Keutamaan Tidak Bertimbun Tambah
- Tidak ada tunggakkan dividen jika rugi.
Perkara
Syer Keutamaan
Syer Biasa
1. Kadar Dividen
Tetap setiap tahun
Keuntungan syarikat
2. Pembayaran Dividen
Diberi keutamaan berbanding dengan syer biasa.
Dibayar selepas bayar dividen syer keutamaan.
3. Hak mengundi dan Pengendalian Syarikat
Tiada hak mengundi.
Jadi tidak ada kuasa mengurus atau membentuk polisi syarikat.
Ada hak mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan boleh membentuk polisi dan mengurus syarikat.
4.Hak Tuntutan
Diberi keutamaan dalam menuntut aset syarikat sebelum pemegang syer biasa.
Selepas pemegang syer keutamaan.

Nilai Nominal = Nilai Tara = Nilai Par
Lebih daripada Nilai Tara
Premium
Kurang daripada Nilai Tara
Diskaun
Sama dengan Nilai Tara
 
Tumpuan : Terbitan pada par dan dibayar penuh

Butiran
Kaedah I
Kaedah II
Syer Biasa diterbitkan, dilanggan (dipohon) dan dibayar pebuh.
Dt: Akaun Permohonan
Kt: Akaun Modal Syer Biasa
Dt: Akaun Pemegang Syer Biasa
Kt: Akaun Modal Syer Biasa
Wang diterima dan dibankkan oleh syarikat.
Dt: Akaun Bank
Kt: Akaun Permohonan
Dt: Akaun Bank
Kt: Akaun Pemegang Syer Biasa
Jika ada syer yang terlebih dipohon.
Dt: Akaun Permohonan
Kt: Akaun Bank
Dt: Akaun Pemegang Syer Biasa
Kt: Akaun Bank
Jika ada Syer Keutamaan maka Akaun Modal Syer Biasa dan Akaun Modal Syer Keutamaan mesti dibuka.

Dividen = Kadar Dividen X Bilangan syer X Nilai Tara syer
DIVIDEN INTERIM
DIVIDEN AKHIR
# Pembayaran pada pertengahan tahun.
# Prestasi syarikat baik.
# Rezab yang besar.
# Jangkaan mendapat keuntungan tinggi.
# Pembayaran pada akhir
# Selepas keuntungan diketahui.
Dt: Akaun Dividen Intereim Syer
Kt: Akaun Bank
(Pembayaran dividen interim)
Dt: Akaun Pengasingan Untung Rugi
Kt: Akaun Dividen Intereim Syer
(Dividen akhir diistiharkan)
Dt: Akaun Pengasingan Untung Rugi
Kt: Akaun Dividen Intereim Syer
(Pindahan pada akhir tahun)
 


FORMAT AKAUN PENGASINGAN UNTUNG RUGI

AKAUN PENAMAT SYARIKAT BERHAD
Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 1997
Dividen Interim :
      Syer Biasa
Dividen Akhir :
      Syer Biasa
      Syer Keutamaan
Penghapusan Belanja Permulaan
Penghapusan Ihsan 
Rezab Am
 
Untung Bersih h/b
 
 
RMxx
xx
xx
xx
xx
xx
xx
xxx
xxxx
 
Untung belum diasingkan dari tahun lepas
Untung Bersih (semasa)
 
 
 

 

Untung Bersih b/b
RMxx
 
xx
 
 

 

xxxx
xxx
 

FORMAT KUNCI KIRA-KIRA
 
KINCI KIRA-KIRA SYARIKAT BERHAD
Kunci Kira-kira pada 31 Disember 1997
 
 
Ekuiti Pemilik
Modal Dibenarkan:
1,000,000 (6%) Syer Keutamaan @ RM2.00 setiap satu.
3,000,000 Syer Biasa @ RM1.00 setiap satu.
 
 
Modal Diterbitkan dan Berbayar:
500,000 (6%) Syer Keutamaan @ RM2.00 setiap satu.
2,000,000 Syer Biasa @ RM1.00 setiap satu.
RM
 
2,000,000
3,000,000
5,000,000
 
1,000,000
2,000,000
3,000,000


TIP SPM
 
i)  Pengiraan dividen (Syer biasa / syer keutamaan) hendaklah berdasarkan Modal Berbayar.
ii) Jumlah Modal Dibenarkan tidak dicampurkan dengan Liabiliti lain.
iii) Hanya jumlah Rezab Am yang baru dipersetujui oleh syarikat dimasukkan ke dalam
Akaun Pengasingan Untung Rugi.
iv) Hendaklah mendebitkan Pengurangan atau Pemotongan Belanja Permulaan dan Ihsan
dalam Akaun Pengasingan Untung Rugi.


 
LATIHAN
 
1. Modal Syarikat Fairuz Bhd terdiri daripada 1,000,000 syer. Berapakah modal yang dibenarkan jika nilai nominal setiap satu ialah :
 
(a) RM0.50 (b) RM1.00 (c) RM1.50 (d) RM2.00
 
 
2. Modal Syarikat Razali Bhd terdiri daripada 2,000,000 syer RM2.00 setiap satu. Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut membuat keputusan menerbitkan 1,500,000 syer bernilai RM2.00 setiap satu daripada syer yang didaftarkan tadi kepada orang awam. Semua syer telah dilanggan dan berbayar penuh. Kirakan :
 
(a) Modal dibenarkan
(b) Modal diterbitkan
(c) Modal Belum diterbitkan
(d) Modal Berbayar.
[Jawapan : RM4,000,000;RM3,000,000;RM1,000,000;RM3,000,000]
 
 
3. Modal DIbenarkan Syarikat Rosli Cacak Bhd terdiri daripada 3,000,000 Syer Biasa dan 1,000,000 Syer Keutamaan. Nilai tara setiap unit syer biasa ialah RM0.50 dan syer keutamaan RM1.00. Syarikat tersebut menerbitkan 2,000,000 Syer Biasa dan 500,000 (8%) Syer Keutamaan pada nilai tara. Kirakan :
 
(a) Modal dibenarkan
(b) Modal diterbitkan
(c) Modal Belum diterbitkan
(d) Modal Berbayar.
[Jawapan : RM2,500,000;RM1,500,000;RM1,000,000;RM1,500,000]
 
 
4. Syarikat Badrul Bhd telah menerbitkan 1,000,000 Syer Biasa. Pada nilai tara RM1.00 setiap satu. Semua syer dilanggan dan dibayar penuh semasa permohonan. Tunjukkan catatan Jurnal dan Lejar.
 
 
5. Pada 31 mac 1997, Syarikat Sabiha Bhd telah membayar dividen interim kepada pemegang-pemegang syernya pada kadar 4 % atas 500,000 Syer Biasa RM1.00 setiap satu pada nilai tara. Tunjukkan pengiraan dengan jelas dan catatan dalam (i) Jurnal dan (ii) Lejar.
[Jawapan : RM20,000]
 
 
6. Pada 28 Februari 1997, Syarikat Aida Bhd mengistiharkan pembayaran dividen 15% atas 800,000 Syer Biasa RM0.50 setiap satu untuk tahun berakhir 31 Disember 1996. Tunjukkan :
 
(a) Pengiraan Dividen
(b) Catatan dalam Jurnal dan Lejar.
[Jawapan : RM6,000]
 
 
7. Modal Berdaftar Syarikat Adiva Bhd terdiri daripada 800,00 7% Syer Keutamaan RM1.00 setiap satu dan 1,200,000 Syer Biasa RM1.00 setiap satu. Syarikat tersebut menerbitkan 500,000 7% Syer Keutamaan dan semua Syer Biasa pada nilai nominal. Semua syer tersebut dipohon dan dibayar penuh. Selepas keuntungan diketahui, dipersetujui ;
 
(i) Kadar dividen Syer Biasa 15 %.
(ii) Dividen Syer Keutamaan dibayar.
 
Tunjukkan :
(a) Modal Dibenarkan
(b) Modal Diterbitkan
(c) Modal Belum Diterbitkan
(d) Pengiraan Dividen Syer Biasa
(e) Pengiraan Syer Keutamaan
 
[Jawapan : RM2,000,000;RM1,700,000;RM300,000;RM180,000;RM35,000]
 
 
8. Kira dividen-dividen yang dibayar berdasarkan butiran yang diberi :
(a) 10 % dividen interim atas 2,000,000 Syer Biasa Rm1.00 setiap satu dan dibayar penuh.
(b) 15 % dividen atas 3,000,000 Syer Biasa RM1.00 setiap satu dipanggil RM0.60 setiap satu
dan dibayar penuh.
(c) 1,000,000 7% Syer Keutamaan RM2.00 setiap satu dan dibayar penuh.
 
[Jawapan : RM200,000;RM270,000;RM140,000]
 
 
9. Berikut ialah maklumat yang dipetik daripada buku-buku akaun Syarikat Salmi Bhd Pada 31 Disember 1997.
 
Modal Berdaftar :
40,000 8 % Syer Keutamaan RM1.00 setiap satu
100,000 Syer Biasa RM1.00 setiap satu.
 
Modal Diterbitkan dan Dibayar Penuh :
40,000 8 % Syer Keutamaan RM1.00 setiap satu
80,000 Syer Biasa RM1.00 setiap satu.
Belanja permulaan RM2,500
Ihsan RM3,000
Baki untung bersih dibawa ke hadapan dari tahun kewangan lepas RM4,000
Untung Bersih bagi tahun berakhir 31 Disember 1997. RM20,000
 
Lembaga Pengarah mencadangkan supaya :
(i) Membayar Dividen Syer Keutamaan
(ii) Membayar 15 % dividen Syer Biasa
(iii) Menghapuskan 40% Belanja Permulaan
(iv) Menghapuskan 20% Ihsan
(v) Memindahkan RM2,340 ke Rizab Am.
Anda dikehendaki meyediakan Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 1997.
[Jawapan : RM3,200;RM2,000;RM1,000;RM600; UB RM4,860]
 
 
10. Modal DIbenarkan Syarikat Noor Azizi Bhd ialah:
 
1,000,000 6 % Syer Keutamaan RM2.00 setiap satu
3,000,000 Syer Biasa RM1.00 setiap satu.
 
Modal Diterbitkan dan dibayar penuh :
500,000 6 % Syer Keutamaan RM2.00 setiap satu
2,000,000 Syer Biasa RM1.00 setiap satu.
 
Tunjukkan butir-butir secara terperinci dalam Kunci Kira0kira pada 31 Disember 1997.
 
 
11. Maklumat-maklumat berikut diambil daripada buku-buku Syarikat Toling Bhd pada 30 Jun 1997:
 
Modal Didaftar:
1,000,000 6 % Syer Keutamaan RM2.00 setiap satu
3,000,000 Syer Biasa RM1.00 setiap satu.
 
Modal Diterbitkan dan dipohon dan dibayar penuh:
500,000 6 % Syer Keutamaan RM2.00 setiap satu
2,000,000 Syer Biasa RM1.00 setiap satu.
 
Maklumat-maklumat lain :
Dividen interim Syer Biasa dibayar RM100,000
Untung Bersih 30 Jun 1997 ialah RM500,000
Lembaga Pengarah mencadangkan :
(i) Dividen Syer Keutamaan dibayar.
(ii) Dividen Syer Biasa 10 % dibayar.
(iii) Memindahkan Rm4,000 ke Cadangan Am.
 
Anda dikehendaki menyediakan :
(a) Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 1997.
(b) Bagahian Ekuiti Pemilik dalam Kunci Kira-kira pada 30 Jun 1997.
 
[Jawapan : Untung Tertahan RM136,000]
 
 
12. Pada 1 Januari 1997 Syarikat Kadir Bhd didaftarkan dengan modal terdiri daripada 2,000,000 6 % Syer Keutamaan RM2.00 setiap satu dan 5,000,000 Syer Biasa RM1.00 setiap satu. Pada 1 Mac syarikat menerbitkan 1,000,000 6% Syer Keutamaan dan 4,000,000 Syer Biasa pada tara dan dibayar penuh semasa permohonan. Pada 31 Disember 1997, syarikat telah mengistiharkan dividen Syer Keutamaan dan 10% untuk Syer Biasa.
 
Anda dikehendaki :
(a) Membuat catatan di dalam Jurnal dan Lejar.
(b) Mengira bayaran dividen
(c) Menunjukkan dalam Kunci Kira-kira (Bahagian Ekuiti Pemilik) pada 31 Disember 1997.
 
 
 
13. Syarikat Barjoyai Bhd telah didaftarkan dengan modal 1,000,000 yang terdiri daripada modal Syer Biasa RM1.00 setiap satu. Pada 1 Februari 1997 syarikat telah menerbitkan 500,000 Syer Biasa RM1.00 setiap satu dan semua syer telah dibeli dan dibayar penuh. Pada 1 Mac 1997 syarikat ini telah mengeluarkan 300,000 modal Syer Biasa RM1.00 setiap satu dan bayarannya adalah seperti berikut :
 
10 sen semasa permohonan
20 sen semasa perumpukan
50 sen semasa panggilan pertama, dan
bakinya akan dipanggil nila diperlukan.
Semua syer telah dipohon dan diumpukkan. Kesemua wang telah diterima kecuali wang panggilan pertama untuk 5,000 syer yang diterbitkan pada 1 Mac 1997.
 
Anda dikehendaki mengira :
(a) Modal dibenarkan
(b) Modal diterbitkan
(c) Modal Belum diterbitkan
(d) Modal dipanggil
(e) Modal belum dipanggil
(f) Modal Berbayar.
(g) Panggilan tertunggak.
  [ 12 markah]
 
[Jwp: RM1,000,000;RM800,000;RM200,000;RM740,000;RM60,000;RM737,500;RM2,500]
 
 
14. Syarikat Selamat Bhd telah didaftarkan dengan modal yang terdiri daripada 500,000 6% Syer Keutamaan RM2.00 setiap satu dan 2,000,000 Syer Biasa RM1.00 setiap satu. Syarikat itu telah menerbitkan semua syer keutamaan dan 1,000,000 syer biasa kepada orang ramai. Semua syer yang diterbitkan telah dilanggan dan dibayar penuh.
 
Anda dikehendaki:
(a) mengira :
 
(i) Modal Syer Keutamaan
(ii) Modal Syer Biasa
(iii) Modal Dibenarkan
(iv) Modal Diterbitkan
(v) Modal belum diterbitkan
(vi) Modal Berbayar.
 
(b) Sekiranya Syarikat Selamat Bhd. bercadang membayar dividen interim 6% dan dividen akhir sebanyak 10 %, berapakah jumlah dividen yang akan dibayar kepada pemegang syer keutamaan ?
 
[Jawapan: RM1,000,000;RM2,000,000;RM3,000,000;
RM2,000,000;RM1,000,000;RM2,000,000;RM160,000]
 
 
15. Pada 1 April 1993, Syarikat Delima madu Berhad telah memulakan perniagaan dengan modal berdaftar sebanyak 900,000 syer biasa RM2 tiap-tiap satu. Pada tarikh yang sama, syarikat telah menerbitkan 750,000 syer biasa pada nilai tara kepada orang ramai. Semua syer yang diterbitkan telah dipohon beli dan dibayar pebuh semasa permohonan.
 
Lembaga pengarah syarikat telah memutuskan perkara berikut :
(i) Membayar diciden interim 5 % pada 1 Oktober 1993.
(ii) Mengisytiharkan dividen akhir 10 % 31 mac 1994.
 
Anda dikehendaki :
(a) menghitung
 
(i) modal dibenarkan
(ii) modal diterbitkan
(iii) modal belum diterbitkan
(iv) dividen interim
(v) dividen akhir
 
(b) menyediakan akaun Permohonan, Akaun Modal Syer Biasa dan Akaun Bank
(c) menerangkan secara ringkas dua perbezaan syer biasa dengan syer keutamaan.
 
[Soalan 6 SPM 1994 ; 11 markah]
[Jawapan : RM1,800,000;RM1,500,000;RM300,000;RM75,000;RM150,000]