Persediaan dan perancangan yang rapi
akan memastikan kecemerlanagan dalam SPM nanti. Anda dinasihatkankan mengikut garis
panduan berikut terutamanya bagi dua bulan sebelum tarikh peperiksaan.
Solat hajat.
Anda hendaklah sentiasa sembayang hajat dan
berdoa kehadrat Allah s.a.w. agar semua kerja kita dirahmati dan diberkati NYA serta
membuahkan kejayaan sebagaimana yang diimpikan. Insya Allah.
Menyediakan satu jadual ulang
kaji.
Anda mestilah menyediakan satu jadual harian bagi
mengulangkaji mata pelajaran dengan teratur dan sempurna. Lebihkan masa
diperuntukkan untuk mata pelajaran yang memberi masalah kepada anda.
Kesihatan juga mesti dijaga untuk mengelakkan
sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Anda tidak seharusnya belajar hingga lewat
malam kerana ia menjejaskan konsentrasi disebabkan oleh keletihan.
Fikiran hendaklah tenang dan temteram dengan bersiar-siar di taman selepas belajar
beberapa jam, jika keadaan mengizinkan.
Anda hendaklah mengelakkan diri daripada aktiviti
yang boleh membawa kecederaan. Tidur mesti awal supay badan segar dan cergas
pada pagi yang berikut. Waktu subuh ialah masa paling sesuai untuk belajar
kerana suasana sunyi dan nyaman.
Mengadakan sesi kumpulan
permbelajaran dan perbincangan.
Anda boleh mengadakan kumpulan pembelajaran dan
perbincangan (study group) bersama-sama dua atau tiga orang kawan yang menghadapi
peperiksaan yang sama. Kumpulan ini boleh mengadakan sesi pembelajaran dan
perbincangan sekali-sekala di rumah atau di sekolah. Dalam sesi ini anda boleh
berbincang tajuk-tajuk yang dianggap susah,dalam sesi itu juga anda boleh mendapat
lebih banyak idea serta mengatasi segala masalah dengan cepat dan berkesan.
Membuat ulang kaji semua
tajuk.
Anda mestilah mengulang kaji semua
tajuk dalam sukatan pelajaran. Jangan mengabaikan mana-mana tajuk walaupun
tajuk berkenaan telahpun dikemukakan dalam kertas peperiksaan tahun sebelumnya. Anda
hendaklah melihat kembali semua kerja latihan yang pernah dijawab. Buku latihan
hendaklah disimpan dan diuruskan dengan kemas, proses ulangkaji akan menjadu mudah dan
sistematik.
Anda juga seharusnya mengulangkaji
tentang konsep catatan bergu, prosedur mencatat data dalam Buku Catatan Pertama, dan
proses pembukuan ke lejar. Selain itu, anda mesti memberi perhatian kepada pelarasan
pada hari imbangan dan juga menghafal format akaun penamat, penyata dan juga lembaran
kerja.
Menjawab kertas peperiksaan
percubaan negeri lain.
Setiap negeri di malaysia kini
mengadakan peperiksaan percubaan bersama yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri
masing-masing. Anda seharusnya cuba mendapatkan, memungut salinan kertas soalan
tersebut dan cuba menjawabnya semasa mengadakan sesi perbincangan kumpulan. Menerusi
cara ini, anda boleh mendapat lebih banyak pengalaman menjawab soalan dan mendapat
pendedahan kepada pelbagai tajuk dan teknik soalan.
Malam sebelum peperiksaan.
Anda mesti membuat persediaan dengan rapi pada malam
sebelum peperiksaan. Secara umumnya, anda mestilah memastikan perkara berikut :
- Membawa kad pengenalan
- Menyediakan semua jenis alat tulis yang diperlukan.
- Memastikan kalkulator anda dalam keadaan baik dan
diisikan dengan bateri yang baik.
- Membuat ulangkaji sepintas lalu topik yang difikirkan
penting.
- Tidur awal supaya berasa segar, cergas dan tenang
pada hari berikut.