New Page 2

 

Tips SPM

 

 

Akaun Kawalan

Pembetulan Kesilapan

Penyata Penyesuaian Bank

Penyata Aliran Tunai

Perkongsian

Pembubaran Perkongsian 

Syarikat Berhad

Akaun Kelab Dan Persatuan

Rekod Tak Lengkap

Perakaunan Untuk Pengeluaran

Titik Pulang Modal

 

 


 

Akaun Kawalan

 

Pelajar Perlu Mengetahui :

  1. Format Akaun Kawalan Lejar Belian (Akaun Kawalan Pemiutang).

  2. Format Akaun Kawalan Lejar Jualan (Akaun Kawalan Penghutang).

  3. Sumber maklumat bagi kedua-dua Akaun  Kawalan tersebut.

  4. Baki debit atau kredit pada awal dan akhir tahun dalam kedua-dua Akaun Kawalan tersebut.

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian :

  1. Butir-butir seperti Hutang Lapuk Pulih, Peruntukan Hutang Ragu dan Jualan Tunai tidak dicatat dalam Akaun Kawalan Penghutang.

  2. Butir di dalam Akaun Kawalan mesti direkod mengikut Sistem Catatan Bergu.  Jangan tulis butir seperti cek tak layan, jualan kredit, diskaun dibatalkan, angkutan dikenakan dan faedah dikenakan dalam Akaun Kawalan Penghutang.

 

Kesilapan Umum Pelajar :

  1. Terlupa menolak jualan tunai daripada jumlah jualan untuk mencari jualan kredit.

  2. Terlupa menolak belian tunai daripada jumlah belian untuk mencari belian kredit.

  3. Hutang Lapuk Pulih tidak ditolak daripada jumlah bayaran yang dibuat oleh penghutang untuk menunjukkan jumlah yang sebenar diterima daripada penghutang.

  4. Penambahan Peruntukan Hutang Ragu tidak boleh dicatat dalam Akaun Kawalan.


 

Pembetulan Kesilapan

 

Pelajar Perlu Mengetahui :

  1. Membezakan kesilapan yamg memerlukan Akaun Tergantung untuk membetulkannya daripada kesilapan yang tidak melibatkan akaun Tergantung.

  2. Membetulkan kesilapan melalui catatan jurnal am.

  3. menyatakan kesan kesilapan dan kesan pembetulan kesilapan atas untung bersih.

  4. Menyediakan penyata penyelarasan untung rugi untuk membetulkan untung bersih.

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian :

  1. Sila tentukan apakah kehendak soalan.

  2. Kenal pasti akaun-akaun yang terlibat dengan kesilapan, serta akaun mana yang perlu diperbetulkan.

  3. Jumlah Jurnal Jualan adalah merujuk kepada Akaun Jualan sahaja.

 

Kesilapan Umum Pelajar :

  1. Lemah dalam memahami konsep hasil dan belanja dan tidak boleh menjawab soalan kesan pembetulan  ke atas untung bersih dengan baik.

  2. Tidak dapat membezakan butiran yang terdapat dalam Akaun Perdagangan dan Akaun Untung Rugi dengan butiran dalam Kunci Kira-kira untuk mengira untung bersih yang baru.

  3. Tidak menunjukkan jalan pengiraan dengan baik apabila menghitung untung bersih, digalakkan dalam bentuk penyata.

  4. Tidak mengandakan amaun pembetulan bagi kesilapan prinsip.


 

Penyata Penyesuaian Bank

 

Pelajar Perlu Mengetahui :

  1. Cara menyediakan Penyata Penyesuaian Bank dengan ketiga-tiga cara yang berikut :

    a)    memulakan dengan baki Penyata Bank

    b)    memulakan dengan baki Buku Tunai

    c)    mengemaskinikan Buku Tunai.

Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian :

  1. Sila tentukan apakah kehendak soalan. xxxxxxx

Kesilapan Umum Pelajar :

  1. Tidak menulis tajuk dengan betul.

  2. Istilah / butiran dalam Buku Tunai Terselaras yang digunakan adalah tidak betul.

  3. Terlupa format, tidak menulis DEBIT atau KREDIT.

  4. Butiran Cek Belum Dikemukakan  dikelaskan sebagai Deposit Belum DIkrditkan dan sebaliknya.

 



 

Penyata Aliran Tunai

Perkongsian

Pembubaran Perkongsian 

Syarikat Berhad

Akaun Kelab Dan Persatuan

Rekod Tak Lengkap

Perakaunan Untuk Pengeluaran

Titik Pulang Modal

 

MNY's Online      /narzuki