SEKAPUR SIREH DARI PENGERUSI DPM MAQAZ SHOUBRA

Segala puji bagi Tuhan semesta Alam.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad utusan Allah membawa rahmat ke seluruh alam.Salam dan sejahtera buat keluarganya ,sahabat-sahabatnya dan pengikut-pengikutnya yang bertebaran di seluruh alam.

Pihak DPM maqaz berusaha dan berjaya mengeluarkan SAHABAT 111 dan SAHABAT ONLINE bagi sesi ini.Mudah-mudahan dengan usaha yang murni ini akan melahirkan ikatan persahabatan yang utuh dan jitu di kalangan ahli DPM MAQAZ khususnya dan seluruh kaum muslimin amnya.Dan benarlah firman Allah yang maksudnya"sesungguhnya org mukmin itu bersaudara"

Sebaliknya islam mencela umatnya yang memutuskan hubungan persahabatan yang sedia terjalin.Perkara ini disebut di dalam surah Muhammad (SAW) ayat 22-23:-yang maksudnya"Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerusakan di muka bumi dan memutuskan silaturrahim.Mereka itulah org-org yang dilaknati Allah dan ditulikanNya telinga mereka dan dibutakanNYa penglihatan mereka"

Justeru itu SAHABAT 111 & SAHABAT ONLINE akan bertindak sebagai pencetus persahabatan malah melaksanakan tugas pengislahan di kalangan ahli DPM MAQAZ .

Mudah-mudahan kita akan digolongkan bersama orang yang mencapai kejayaan di dunia dan akhirat dan akan dirahmati oleh Allah SWT.

sekian wassalam

us.nor azian b.man
PENGERUSI DPM MAQAZ SHOUBRA 99/00