KEDUDUKAN, ARAH DAN JARAK
KEDUDUKAN
- Kedudukan merujuk kepada lokasi atau letaknya sesuatu benda atau tempat.
- Cara menentukan kedudukan sesuatu benda atau tempat ialah dengan menggunakan koordinat.
- Koordinat ialah satu angka (nombor) yang terdiri daripada angka baris dan angka lajur.
- Dengan menggunakan angka baris dan angka lajur, kedudukan sesuatu tempat atau objek
dapat ditentukan.
- Dalam menggunakan cara koordinat angka lajur dinyatakan dahulu dan diikuti dengan angka
baris.
- Koordinat juga boleh digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat atau ciri-ciri
geografi dalam kawasan yang lebih luas seperti kampung, bandar atau daerah.
ARAH
- Arah ialah kedudukan tempat dari satu tempat yang lain.
- Arah sesuatu tempat boleh ditentukan dengan menggunakan arah mata angin sebagai panduan.
- Arah mata angin boleh ditentukan dengan berdiri di satu kawasan yang lapang dengan
mendepakan tangan kanan ke arah matahari terbit, iaitu arah timur. Dengan itu kamu telah
berdiri menghadap ke arah utara dan membelakangkan arah selatan.
- Kompas ialah alat yang digunakan untuk menentukan arah di satu tempat dan satu tempat
yang lain dengan lebih tepat.
- Kompas sangat berguna dalam :
- Kerja mengukur tanah
- Pengembaraan
- Pelayaran
- Penerbangan (kapal terbang)
- Tentera
- Jarum kompus berputar bebas dan sentiasa menghala ke arah utara, iaitu utara magnetik.
- Kompus mempunyai empat arah mata angin yang utama iaitu :
- Utara
- Selatan
- Timur
- Barat
- Empat arah mata angin itu boleh dibahagikan kepada empat arah mata angin perantaraan,
iaitu :
- Barat laut
- Timur laut
- Barat daya
- Tenggara
- Arah kompus ditunjukkan dalam semua peta dan pelan untuk menentukan arah sesuatu tempat
dari tempat yang lain.
JARAK
- Jarak ialah sesuatu tempat atau objek dari tempat atau objek yang lain.
- Ada dua jenis jarak :
- Jarak mutlak - jarak diukur menggunakan unit meter (m), kilometer (km) dan lain-lain.
- Jarak relatif - jarak yang diukur dalam kos dan masa.
- Lebih jauh sesuatu tempat itu lebih lama masa1 yang diperlukan dan lebih juga kos
(tambangnya).
- Masa dan kos sesuatu perjalanan juga bergantung kepada jenis pengangkutan yang
digunakan.
|