SUMBER MINERAL & TENAGA DI MALAYSIA
JENIS-JENIS SUMBER ALAM
Boleh diperbaharui |
Tidak boleh diperbaharui |
- Air
- Angin
- Tasik
- Tanih
- Tumbuhan
- Tenaga suria
- Hasil laut
|
- Petroleum
- Bauksit
- Tembaga
- Bijih timah
- Emas
- Tembaga
- Mineral
|
JENIS-JENIS MINERAL / LOGAM
|
|
- Bijih timah |
|
|
- Granit, batu kapur dan batu marmar. |
|
|
- Petroleum |
|
|
- Gas asli |
Peta : Sumber Mineral dan Tenaga di Malaysia
KEPENTINGAN PERLOMBONGAN
- Ekspot mineral seperti petroleum, gas asli dan bijih timah menyumbangkan pendapatan
kepada negara.
- Kegiatan perlombongan bijih timah dapat menyediakan peluang pekerjaan.
- Kegiatan perlombongan menggalakkan perkembangan bandar.
- Perlombongan bijih timah menggalakkan pembinaan jalan raya dan landasan keretapi.
- Perlombongan juga menggalakkan pelabuhan khas ( Pelabuhan mengeksport gas petroleum
cecair).
- Perlombongan petroleum menggalakkan industri petrokimia.
- Perlombongan bijih timah menyediakan bahan mentah bagi industri saduran timah.
- Perlombongan bijih timah menggalakkan perkembangan industri baru seperti industri
membuat baja urea di Bintulu.
- Kegiatan perlombongan menggalakkan kerjasama serantau, contohnya projek membuat baja
urea, yang merupakan projek kerjasama antara negara-negara ASEAN.
KEPENTINGAN PERLOMBONGAN & MINERAL
- Ia menghasilkan kira-kira 22% daripada jumlah eksport mineral Malaysia membawa
pertukaran mata wang asing ke negara ini. Mineral merupakan eksport yang terpenting
kira-kira 33% daripada jumlah pendapatan eksport Malaysia terdiri daripada mineral.
- Sektor perlombongan memberi pekerjaan kepada hampir 100 000 orang atau sebanyak 2%
daripada tenaga pekerja Malaysia.
- Sumber mineral juga memberi sumbangan besar terhadap pembangunan dan perkembangan
ekonomi negara kita.
- Sumber mineral dan tenaga menjadi bahan mentah dan sumber tenaga utama bagi industri
perkilangan keperluan rumah.
- Bijih besi diigunakan untuk membuat besi dan keluli di Syarikat Besi & Keluli
Malayawata di Pulau Pinang dan industri petrokimia lain.
- Menyebabkan terbinanya kilang-kilang penapis petroleum di Port Dickson, Kerteh dan
Lutong serta kilang melebur bijih timah di Pulau Pinang dan Butterworth.
- Aktiviti perlombongan telah membolehkan berlakunya pemindahan teknologi, maklumat dari
negara maju dalam bidang ini seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Korea Selatan ke negara
kita.
- Menjadi bahan api utama bagi kenderaan dan penjanaan kuasa elektrik.
MASALAH PERLOMBONGAN DI MALAYSIA
- Sektor perlombongan menghadapi masa depan gelap kerana galian adalah sumber yang boleh
pupus dan tidak boleh diperbaharui.
- Timbunan arang batu, bijih timah dan emas sudah pupus dan lombong emas dan arang batu di
Semenanjung Malaysia telah pun ditutup.
- Simpanan petroleum dijangka habis dalam 20-30 tahun.
- Rizab bijih timah boleh tahan kira-kira 20 tahun sahaja.
- Harus mengusaha dan menggunakan galian ini secara terancang supaya tidak membazir.
- Penutupan lombong menyebabkan penduduk kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.
- Kekurangan bahan mentah dan sumber tenaga menyebabkan sektor perindustrian menjadi
lembab.
- Menjejaskan kemakmuran dan pembangunan negara.
LANGKAH MENGATASI MASALAH PENGURUSAN SUMBER
- Mengurangkan pergantungan dan menjimatkan penggunaan mineral terutamanya pertroleum
sebagai bahan bakar.
- Mempergiatkan usaha mencari gali untuk mengesan longgokkan baru seperti yang dijalankan
oleh PERTRONAS dan Perbadanan Perlombongan Malaysia (MMC).
- Menggunakan teknologi moden dalam memperting-katkan kecekapan perlombongan serta cara
pemprosesan sumber mineral untuk elakkan pemba-ziran.
- Memperkenalkan sumber tenaga baru seperti tenaga suria, tenaga biomass, tenaga thermal
dan hidro elektrik.
SUMBER TENAGA PADA MASA DEPAN & BERPOTENSI UNTUK DIMAJUKAN
- Tenaga nuklear
- Tenaga solar (suria)
- Tenaga biomass
- Tenaga hidro elektrik
- Arang batu
- Tenaga ombak
- Tenaga angin
- Tenaga nuklear
- Diperolehi dari logam uranium dan plutonium.
- Digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik di stesyen janakuasa elektrik.
- Penggunaannya terhad kerana :
- Malaysia kekurangan uranium & plutonium.
- Kos pengeluarannya mahal.
- Sisa nuklear merbahaya kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
- Penyelidikan tentang tenaga ini dijalankan oleh PUSPATI (Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr.
Ismail) sebuah pusat pembangunan dan penyelidikan nuklear.
- Masih dalam penyelidikan belum dijalankan sepenuhnya.
- Tenaga solar (suria)
- Diperolehi daripada sinaran matahari.
- Berpotensi untuk dimajukan kerana Malaysia terletak di kawasan Khatulistiwa (banyak
sinaran matahari).
- Digunakan untuk memansakan air di rumah.
- Projek menjanakan tenaga suria dibina di Teluk Apan, Pualu Langkawi dan Kg. Hulu
Tembeling, Pahang.
- Telefon menggunakan tenaga suria di Pulau Aman, Pulau Pinang.
- Rumah asap yang menggunakan tenaga suria dibina di Kg. Sg. Malau Dalam, Selama, Perak.
900 keping getah boleh diasap dalam 4 hari.
3. Tenaga Biomass
- diperolehi daripada hampas dan tandan kelapa sawit.
- Sisa pertanian ini boleh hasilkan biogas seperti gas metana untuk dijadikan bahan
pembakar.
4. Tenaga Hidro Elektrik
- Penggunaannya semakin berkembang - sumber yang boleh diperbaharui dan murah.
- Malaysia mempunyai potensi yang baik kerana :
- Hujan yang banyak melebihi 2000 mm.
- Sungai mengalir deras sentiasa dipenuhi air.
- Banyak kawasan bergunung-ganang - sesuai untuk membina empangan.
- Kebanyakan projek hidro elektrik terletak di kawasan tanah tinggi, antaranya :
- Empangan Cenderoh di Perak (Sg. Perak)
- Empangan Temenggor di Perak (Sg. Perak)
- Empangan Kenyir di Terengganu (Sg.Tganu)
- Empangan Kenering di Perak (Sg. Perak)
- Empangan Btg Padang di Perak (Sg. Btg Padang)
- Empangan Bersia di Perak (Sg. Perak)
- Empangan Tenom Pangi (Sg. Padas)
- Empangan Bakun (Sg. Pelagus)
- Empangan Pelagus (Sg. Pelagus)
- Empangan Batang Ai (Sg. Lupar)
5. Tenaga Lain - Arang batu
- Mempunyai potensi untuk digunakan di kilang-kilang kerana sumber tenaga belum digunakan
sepenuhnya.
- Simpanan sumber yang banyak di :
- Batu Arang, Selangor.
- Bintulu, Merit-Pila, Sarawak.
- Labuan dan Sadong di Sabah.
- Sebagai bahan bakar untuk kilang dan loji penjanaan kuasa hidro elektrik.
|