Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru
Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru
Jalan Tun Abdul Razak, 80350 Johor Bahru
Johor Darul Takzim


KE ARAH KEUNGGULAN MUTU

Tel=07-2374378 / Fax=07-2386276 / email=smtpjb@tm.net.my
Technic Commerce School Johor Bahru (TCSJB) © Hak Cipta Terpelihara GreenchProdigoe/5 Pascal/05/SMTPJB
 PROFILE || HALATUJU || WARGA || KURIKULUM || KO-KURIKULUM || ASRAMA || KAUNSELING || GALERI || LAGU || INTERAKTIF || KARYA || UTAMA || PETA LAMAN
Terima kasih kerana melayari laman web Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru                        Thank you for surfing Technic Commerce School Web Site

Ringkasan Sejarah Dan Perkembangan Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru (1982-2004)

TarikhPeristiwa
1982-1983
  • Projek pembangunan dan pembinaan kompleks sekolah yang mengandungi 2 blok bangunan kelas dan pentadbiran,sebuah Dewan,sebuah kantin,3 blok Asrama Puteri,satu blok Asrama Putera dan sebuah Dewan Makan dijalankan di atas kawasan seluas 24 ekar di Susur 7, Jalan Tun Abdul Razak Johor Bahru.
1984
  • Sekolah Menengah Vokasional Perdagangan Johor Bahru dibuka pada 1 Januari 1984.
  • Kumpulan pertama guru-guru terdiri daripada Encik Goh Sai, Encik Mohd Hodi Reduwan, Encik Abdul Ghani Abu Bakar, Encik Kamarudin Abu Hassan dan Encik Bee Ah Lee melapor diri kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Johor.
  • Pada 1 Mac, 1984 Encik Abdul Isa bin Ismail mula menjalankan tugas sebagai Pengetua pertama
  • Pada 4 Mac, 1984 seramai 72 orang pelajar Tingkatan 5 Aliran Perdagangan bersama-sama dengan 5 orang guru perdagangan iaitu Encik Tew Eng, Encik Saifudin Hussein, Cik Yeo Siew Lee, Puan Linda Low dan Encik Mohamad Zain, dari Sekolah Menengah Vokasional Jalan Yahya Al- Datar berpindah ke sekolah ini.
  • Pada 11 Mac, 1984 seramai 184 orang pelajar Tingkatan 4 dari seluruh Semenanjung mendaftar diri
  • Mata-mata pelajaran vokasional yang ditawarkan ialah Trengkas, Menaip, Simpan Kira, Latihan Perdagangan, dan Commercial English
1988
  • Bangunan Surau SMVP siap dibina hasil daya usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru
  • Kumpulan pertama pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPMV)
1989
  • Pada 30 Jun 1989, Pengetua pertama SMVP, Encik Abdul Isa Bin Ismail melanjutkan pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia UKM.
  • Tuan Haji Selamat Bin Amat Judi daripada Politeknik Batu Pahat melapor diri sebagai Pengetua kedua.
1993
  • Sebuah bangunan tambahan yang menempatkan dua buah Bilik Komputer, sebuah bilik Pengurusan Pejabat, Bilik Tayangan, Bilik Kaunseling dan Perpustakaan telah siap dibina.Selain itu dua buah bangunan yang menempatkan dua buah rumah pekerja dan dua buah rumah warden juga telah dibina.
  • Bilik guru dipindahkan ke bilik perpustakaan lama, dan bilik guru lama diubahsuai menjadi Bilik Mesyuarat
1994
  • Sekolah meraikan ulangtahun yang ke-10
1995
  • Menjadi Naib Johan Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Teknik dan Vokasional Pertandingan Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan
1996
  • Pengetua ketiga, Puan Wan Fatimah Ahmad telah melaporkan diri pada 12 Februari 1996
1997
  • Sekolah Menengah Vokasional Perdagangan ditukar nama kepada Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru (SMTPJB) sejajar dengan penaikan taraf sekolah kepada sekolah teknik.
  • Mengubah suai 3 buah kelas di tingkat bawah Blok A kepada 2 buah makmal Sains Kimia dan Fizik
  • Mengubah suai 2 buah bilik taip kapada 3 buah kelas
  • Sekolah mula mengambil pelajar Tingkatan 4 aliran teknikal bagi kursus Perdagangan.Pengambilan pelajar aliran vokasional kursus Pengurusan Perniagaan diteruskan dan Pengurusan Pejabat ditamatkan
1998
  • Lawatan deligasi Pegawai-pegawai Pendidikan dari Riau Indonesia
  • Pada penghujung tahun 2000, bangunan tambahan bagi penaikkan taraf telah siap dibina.Bangunan-bangunan tersebut terdiri daripada:
    1. Sebuah bangunan empat tingkat yang menempatkan pejabat, bilik-bilik Lukisan Kejuruteraan dan bilik-bilik khas
    2. Sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan 21 bilik darjah
    3. Sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan bengkel Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik dan Elektronik, Bilik Komputer dan bilik Lukisan Kejuruteraan
    4. Sebuah bangunan makmal Sains, Kimia dan Fizik
    5. Sebuah kantin
    6. Sebuah bangunan Asrama Puteri
    7. Sebuah bangunan Asrama Putera
    8. Sebuah Dewan Makan
    9. Sebuah bangunan rumah warden
2000
  • Pengambilan pertama pelajar aliran teknikal bagi kursus-kursus Pengajian Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik dan Elektronik.
  • Menjadi Johan Peringkat Kebangsaan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Kejohanan Piala Datuk Dr Noor Azmi sekolah-sekolah menengah Teknik dan Vokasional.
  • Menjadi Naib Johan Pertandingan Pengurusan Bilik Kaunseling Peringkat Negeri Johor
  • Menjadi Johan Pertandingan Bola Jaring Piala Datuk Dr Abdul Shukor
  • Kali pertama ahli Tae Kwon Do sekolah mencapai tahap tali pinggang hitam
2001
  • Manjadi pengelola Peringkat Kebangsaan Pertandingan Bola Sepak, Bola Jaring dan Perbahasan Bahasa Inggeris Kejohanan Piala Datuk Dr Abdul Shukor dan Datuk Noor Azmi sekolah-sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional Malaysia.
  • Menjadi Naib Johan Peringkat Kebangsaan Pertandingan Bola Jaring Kejohanan Piala Datuk Dr Abdul Shukor
  • Menjadi Johan Anugerah Kualiti Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah Kategori Sekolah Teknik Dan Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan.
  • Membesarkan Bilik Guru
  • Menaik taraf Perpustakaan
  • Menaik taraf Bilik Tayangan
  • Mengubah suai pejabat lama sebagai Bilik Jamuan
  • Mengubah suai dua buah bilik darjah menjadi bilik Perbincangan dan bilik Pengawas
  • Mengubah suai Makmal Bahasa menjadi bilik darjah
  • Manaik taraf dan membesarkan jalan masuk ke sekolah
  • Manaik taraf pintu masuk ke sekolah dan membina semula pondok pengawal keselamatan
  • Membina susur gajah dari blok F asrama hingga ke sekolah
  • Membina Dataran Teknik SMTP
2002
  • Mula menawarkan mata pelajaran Pengajian Keusahawanan kepada pelajar Perdagangan aliran teknikal
  • Manjadi tuan rumah Bicara Sejarah Peringkat Negeri Johor
  • Manjadi tuan rumah Karnival Sukan Anak-anak Yatim Negeri Johor
  • Manjadi tuan rumah Karnival SEJADAH Peringkat Negeri Johor
  • Menjadi Urusetia Perhimpunan Patriotik Pemimpin Pelajar Peringkat Kebangsaan 2002
  • Manjadi Naib Johan Nasyid Peringkat Zon Daerah Johor Bahru
  • Menaik taraf Makmal Komputer 2 menjadi Makmal Siber dam mewujudkan sistem rangkaian setempat LAN antara Makmal Siber dengan Perpustakaan,Bilik Tayangan dan Pejabat
  • Memasang sistem Astro di Bilik Tayangan, Perpustakaan dam Makmal Sains
  • Melengkapkan Makmal Sains Teras,Fizik, Kimia dengan telivisyen dan alat DVD
  • \
  • Mewujudkan perpustakaan dan bilik sumber di asrama
  • Menaik taraf Bilik Guru
2003
  • Sekolah Harapan (Teknik dan Vokasional) Peringkat Negeri Johor
  • Johan Bola Jaring Peringkat Zon Piala Datuk Abdul Shukor Sekolah-sekolah Menengah Teknik dan Vokasional
  • Mula menawarkan Kursus Pengaturcaraan Komputer (Vokasional)
  • Menaik taraf bilik lukisan kejuruteraan blok R kepada Makmal Pengaturcaraan Komputer
  • Manaik taraf Makmal Asab Pemprosesan Maklumat dan Bilik Bincang
  • Menghantar seramai 38 orang ahli Kelab Tea Kwon Do Tingkatan 5 dalam Perujian Tali Pinggang Hitam dan menjadi tuan rumah program tersebut
  • Memenangi Anugerah Kecermelangan Institusi Jabatan Pendidikan Teknikal 2003 (Anugerah Penyelia Asrama Terbaik)
2004
  • Naib Johan Bola Jaring Peringkat Zon Selatan Piala Datuk Abdul Shukor Sekolah-sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional
  • Tempat ketiga Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Peringkat Zon Selatan Sekolah-sekolah Menengah Teknik dan Vokasional
  • Johan Kuiz Perdagangan Peringkat Johor Bahru
  • Puan Ruzila Duki menjadi Johan Kajian Tindakan Sekolah-sekolah Daerah Johor Bahru (Menengah) dengan kajian bertajuk 'Meningkatkan Prestasi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Kimia Menggunakan Kaedah Uji Presasi
  • Menjadi Tuan Rumah Pertandingan Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (Rendah) Peringkat Kebangsaan
  • Pengetua Ketiga, Puan Hajah Fatimah Bte Ahmad bersara pada 28 Mei 2004
  • Pengetua keempat, Puan Hajah Zalihar Bt Abdul Ghani memulakan perkhidmatannya pada 1 Jun 2004
  • Menerima 43 unit komputer, 2 pencetak laser, pengimbas dan projektor lengkap dengan system rangkaian LAN dan internet dibawah Program Pengkomputeran Sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

Atas


© Hak Cipta Terpelihara WebMasters/5 Pascal/05/SMTPJB
Segala peniruan adalah dilarang. Sebarang masalah hendaklah berhubung dengan Webmaster. Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan pada komputer anda.
Untuk mendapat paparan yang lebih baik, gunakan resolusi 1024*768 piksel.

1