Perbankan Internet
Email

 
 



KURSUS KELAYAKAN PROFESIONAL
KEPENGETUAAN KEBANGSAAN (NPQH)



Menara IAB

Latar Belakang

Program Sijil Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) merupakan satu program pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia diadakan dengan harapan bagi melahirkan pemimpin pelapis sekolah yang cekap dan berketrampilan dimasa akan datang.

Program latihan ini diadakan dengan tujuan untuk melengkapkan diri peserta dengan keyakinan diri dan ketrampilan tinggi bagi membolehkan sistem pendidikan negara sebagai yang terbaik di dunia. Sehubungan itu, latihan bersistematik perlu diberikan kepada pengurus dan bakal pengurus pendidikan. Adalah diharapkan melalui program ini, pengurus pendidikan masa hadapan mampu menggerakkan sistem pendidikan di negara ini sesuai dengan harapan dan aspirasi negara.

Objektif Program

Pada akhir program ini, peserta diharap akan dapat :

  1. Menyedari kekuatan dan kelemahan kendiri dalam aspek pengurusan dan kepimpinan pendidikan untuk dimanafaatkan sepenuhnya di sekolah sendiri;
  2. Mempamerkan pengurusan dan kepimpinan berkesan di sekolah berpandukan pengalaman dan latihan yang diperolehi;
  3. Mengamalkan konsep ciri-ciri sekolah berkesan dan sifat kepimpinan yang teruji dalam lapan (8) bidang yang ditetapkan di samping mempertingkatkan ketrampilan kendiri;
  4. Memperoleh pengalaman praktikal dalam mengenal pasti (melalui pemerhatian) aspek-aspek amalan pengurusan yang boleh ditambahbaik, merancang strategi baru dan seterusnya melaksanakan strategi yang dirancang serta menilai keberkesanannya.

 

Lagu IAB


Warga Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pelajaran Malaysia
Berazam, berikrar dan beriltizam
Menumpukan seluruh tenaga dan usaha
Sebagai organisasi latihan

Membangunkan kceerdasan
Praktikal ketrampilan
Kepemimpinan pendidik profesional
Berteraskan "total training" konsep
Memberikan perkhidmatan cemerlang

Membina insan, membangun organisasi
Perkembangkan tubuh ilmu pengurusan
Kepemimpinan pendidikan yang mantap
Menyebarluaskan khazanah ilmu

Ketrampilan kognitif aras tinggi
Terbina sikap-sikap yang positif
Mendokong nilai-nilai murni
Untuk profesion pendidikan

Untuk profesion pendidikan

 

Sila download Lagu IAB di sini (2.6MB format MP3)

Akhbar Online
Utusan Malaysia Online
Berita Harian Online
Harian Metro
The News Straights Times
e-Media-NSTP Online
The Star Online
Bluehyppo e-browse
 
Pautan Pendidikan
My Schoolnet
Portal Utusan Pendidikan
Web Sekolah Berita Harian
Cikgu.net

Radio TV Online
Dengar Radio Hot FM
Radio Era.FM
Tonton TV Online

©2007 SR2 NPQH Kohort 11/ 2007 Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.